Not a member yet? Click here to register.
Forgotten your password? Request a new one here.
|
· Guests Online: 1
· Members Online: 0
· Total Members: 43
· Newest Member: putra
|
|
|
Latest Active Forum Threads |
|
| GOS Space dah keluar |
 Kepada guru yang mencuba Perisian Open Source Linux anda bolehlah mencuba GOS atau Google OS yang terbaru yang lebih dikenali sebagai GOS Space.
Versi ini lebih menumpukan kepada aplikasi online mySpace dan Google Gear. Anda oleh lihat priviewnya di sini atau datang ke PKG untuk mendapatkan untuk sekolah anda.
Cara menginstallnya amat mudah, letakan DVD dalam tray dan run live CD dan selepas berpuas hati semuanya ok baru klik install.
|
· admin on August 02 2008 07:02:13 ·
0 Comments ·
3 Reads ·
|
|
| Network indicator |
 Sesiapa yang pernah pakai network Cat 5 tentu perasan kalau aktivit data dapat dikesan pada lampu LED di network kad untuk menunjukan aktivit download atau upload sedang berlaku... tetapi agak leceh nak tengokan kerana lampu itu berada ditempat tersorok.
Ok disini admin ingin berkongsi dengan anda satu software yang dinamakan LED Network Indicator. Macam mana tu ? dengan menginstall software ini anda dapat menggunakan lampu keyboard "scroll lock" untuk menggantikan lampu network ... cool bukan ? sebab lampu scroll lock sapa sangat yang gunakan ? dengan software ini lampu led scrool lock akan berkelip2 untuk menunjukan aktiviti network anda hidup atau mati.
Download Network Light v1.1 tu di sini ... err komen seket jadi ke tak sebab admin pun tak pasang lagi.
|
· admin on July 11 2008 19:39:26
2 Comments ·
10 Reads ·
|

| Windows SteadyState untuk Makmal dan Pusat Akses. |
 Windows XP & Vista : Anda mahu setting komputer anda dihadkan untuk anak-anak anda ? cotohnya sejam sahaja untuk mereka online ? atau untuk sekolah atau cybercafe ? lepas pengguna logout dan reboot system akan kembali sepeti asal ?
Anda boleh mencuba Windows StedyState daripada Microsoft. Sesuai untuk pengguna Windows XP dan Vista. Ala-ala JuztReboot akan tetapi ianya percuma dan memerlukan activations genuine Microsoft Windows.
Download Windows SteadyState di sini sekarang kira seswailah pasang kat makmal dan Pusat Akses Sekolah |
· admin on July 02 2008 00:04:04
0 Comments ·
13 Reads ·
|

| HP Pavilion tx2000 series Entertainment Notebook PC |
 Beli dengan harga yang amat berpatutan HP Pavilion tx2000 siries. Kemampuan Tablet PC dengan Media Center. Turut didatangkan dengan pakej ialah remote control dan fingger print ... siap ada webcam dan lightscribe.
Boleh test drive besok pada saudara arep (keluar beli petang semalam) heheh dengar katanya dah ada pembeli nak beli.
Nie buat aku pun nak membeli jugak nie. Senang buat kerja grafik dan memantau sekolah. Wishlist nie sebab baru beli laptop baru setahun ... nak kena satu lagi ker ... pikir nie.
Baca spec HP Pavilion tx2000 dia kat sini.
|
· admin on July 01 2008 22:10:51
0 Comments ·
14 Reads ·
|

| Elaun COLA dan Gaji 13 Bulan oleh Cuepac |
 Sedutan daripada B.Harian nie :
"KUALA LUMPUR: Cuepacs wants a RM500 cost of living allowance (Cola) for all civil servants.
Its president Omar Osman, said yesterday that the allowance was needed to cope with increased costs across the board after the price of fuel went up by 40 per cent last month.
"The cost of living has gone up too much. We want the government to introduce a Cola of RM500 a month irrespective of where the civil servants live. This is the best way to handle the increase in living costs," he said after a meeting with members at Wisma Cuepacs yesterday. |
· admin on June 30 2008 00:52:11
Read More ·
0 Comments ·
47 Reads ·
|

| Bengkel Pengurusan Pusat Akses Sekolah |
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga JU ICT,
Seperti mana yang dirancang kursus atau bengkel Pengurusan Pusat Akses Sekolah akan diadakan seperti mana yang telah dirancang. Ini adalah kerana surat PPD sudah diluluskan sebelum arahan baru dan pakej memang diluluskan sebelum bulan 5 lagi.
Peserta tidak berubah banyak. JU-JU yang terlibat sila bersedia dengan bahan (CD dah burn dah jangan bimbang). Kalau boleh semua JU datang lah memeriahkan acara jangan la datang pada hari yang terlibat sahaja ok ?.
Ada pertayaan ? korang boleh call PKG Puchong dan bercakap dengan en Hanif di talian 012-6970723 waktu pejabat jer.
|
· admin on June 25 2008 16:57:26
0 Comments ·
16 Reads ·
|
|
 |
| Kursus untuk Guru |
Atas dasar penjimatan yang dilaksanakan kerajaan sekarang, semua kursus, bengkel dan taklimat di hotel dibekukan.
Malah menurut minit mensyuarat Jabatan Pelajaran Selangor guru tidak dibenarkan keluar berkursus semasa waktu PnP dan kursus hendaklah dijalankan di luar waktu berkerja (cuti sekolah dan selepas waktu mengajar).
Ini adalah bertentangan dengan apa yang telah diputuskan oleh pihak BTPN yang telah mengeluarkan perbelanjaan pada bulan Mac dan Mei untuk tujuan bengkel dan pendedahan yang memakan masa 3 hari. Harap pihak-pihak berkenaan dapat mencari jalan untuk mengatasinya.
Tanpa pendedahan dan latihan yang berterusan, kita bimbang kekuatan dan kemahiran yang ada pada guru tidak dapat berkembang. Ini adalah bertentangan dengan misi dan visi negara ke arah wawasan 2020 dan tunggak kekuatan modal insan yang diwawarkan oleh Perdana Menteri kita sekarang.
Ada sebarang pendapat dan cadangan ? sila kongsikan melalui ruangan komen dibawah. Jangan pulak korang charge aku melawan kerajaan lak ... sekadar bicara semasa jer nih.
|
· admin on June 18 2008 22:00:57
6 Comments ·
70 Reads ·
|

| Kursus CPanel |
Pihak PKG Puchong akan mengadakan kursus untuk guru-guru atau pihak sekolah yang berminat mengenai pengurusan laman web.
Sila klik di sini untuk mengisi borang dan untuk pengetahuan anda tempat untuk mengikuti kursus ini adalah terhad. Siapa cepat dia dapat weh !
|
· admin on May 28 2008 17:33:06
0 Comments ·
30 Reads ·
|
| Auto Mount di Desktop |
 Automatik Link di Desktop anda bila anda mencucuk pendrive anda di port USB (Ala Mac OSX). Download DeskDrive di sini hanya di MS Windows XP / Vista sahaja. Ini dapat menjimatkan masa anda bila memerlukan akses pantas ke USB Drive Anda.
Untuk mengelakan ganguan yang mengacau anda bolehlah mematikan fungsi Autoplay pada drive USB anda. Bukan setakat USB sahaja malah DeskDrive akan membuat shorcut CD dan DVD bila dikesan.
Windows Only : DeskDrive |
· admin on May 26 2008 17:25:42
0 Comments ·
39 Reads ·
|

| Empat Syarat Pakai Gelang Megnet |
 Nie berita daripada Pejabat Mufti Perak dan dipetik daripada laman web berita Malaysiakini : Gelang bermagnet yang semakin popular dipakai lelaki dengan niat membaiki kesihatan harus memenuhi empat syarat, kata ketua penolong mufti Perak, Zamri Hashim. Syarat-syarat tersebut:
- Pemakainya tidak beriktikad (yakin di dalam hati) bahawa gelang itu memberi kesan kesembuhan kerana yang memberi kesan itu hanyalah Allah,
- Pemakainya tidak berniat memakainya kerana menyerupai wanita dan bukan untuk bermegah-megah.
- Gelang mesti terbukti mempunyai kesan saintifik dan secara klinikal mempunyai pengaruh terhadap pengaliran darah di dalam tubuh seperti didakwa oleh pakar yang berwibawa.
- Jika pemakaian gelang itu menimbulkan fitnah terhadap maruah si pemakai, lebih baik lelaki itu memakai baju berlengan panjang yang dapat menyembunyikan gelang berkenaan.
Menurut Bernama, pandangan ketua penolong mufti diterbitkan oleh Jabatan Mufti Perak. |
· admin on May 25 2008 23:47:03
0 Comments ·
32 Reads ·
|

| Ultimate Defrag |
Kepada kaki games atau Heavy Duty program mungkin nak software nie. Dengan menggunakan Ultimate Defrag anda dapat menyusun fail defrag yang kerap digunakan di kawasan terpantas hardisk dengan pilihan anda sendiri (manual weh ... best giler)
Download software Ultimate Defrag (windows only) di ruangan download portal. Klik di sini kalau korang sesat kat portal nie.
Korang nie tau download jer ... bagi la komen kat bawah nie ... aku cari bukan free jer tau ... bagi komen best la siket nak buat review software baru.
|
· admin on May 24 2008 00:04:43
0 Comments ·
33 Reads ·
|
|
|
|
|
|
You must login to post a message.
|
|